Tubuh badan kita sangat sempurna dan bijak. Besar ciptaan Allah pada insan bernama manusia ini. Kondisi badan kita cepat menerima perubahan yang berlaku kesan dari cara hidup individu. Misalnya kita berpuasa pada bulan Ramadha dalam masa tak sampai seminggu berpuasa rasa lapar dah makin berkurang. Bila dan sebulan puasa tak rasalapar langsung di siang hari.
Begitu jugak dengan senaman. Bila kita melakukan aktiviti yang sama setiap hari, badan akan cepat menerima keadaan itu, Inilah yang melambatkan proses menurunkan berat badan. Sebaiknya kita rancang program latihan senaman ini kepada beberapa jenis senaman yang ada seperti kardio, latihan beban, dsb.
Saya memperuntukkan seminggu untuk sesuatu jenis latihan senaman dan mengubah ke bentuk latihan lain untuk minggu depannya. Sebagai contoh, minggu pertama saya lakukan latihan mengangkat beban, 4 hingga 5 kali seminggu. Untuk minggu yang seterusnya saya beralih kepada latihan kardio atau pun "body weight training".
Kalau nak kata kesibukan kerja sebagai alasan, kita ada masa sebenarnya, Kita tidak perlu memperuntukkan masa yang lama, cukuplah 20 hingga 30 minit sehari. Saya lakukan pada sebelah petang sesudah solat Asar.
Kemudahan yang saya sediakn di rumah pulak sebagai pilihan senaman ini seperti, "punching bag", "chin up", "AB machine", "dumbell"....itu sahaja. Semua ini boleh dibawa dalam kereta semasa kita perlu keluar untuk urusan kerja atau pun bercuti bersama keluarga.
Jika kita terpaksa hadirkan diri untuk berkursus atau "outstation", jangan risau atau sakit kepala memikirkan cara melakukan senaman. Sebelum ke sesuatu tempat itu, saya buat "google" maklumat tentang tempat berkenaan, kemudahan-kemudahan yang boleh digunakan untuk senaman.
Selalunya kalau di hotel ada kemudahan gym atau kolam renang. Itu dah cukup untuk kita mencari peluang melakukan senaman. Jika tidak kita boleh lakukan "body weight training" misalnya "7 minutes workout".
Senaman ini adalah satu perkara yang sukar jika kita tidak pernah lakukan, tetapi ia akan jadi sebagai dari hidup kita kita dah amalkan.
contoh latihan di rumah.
No comments:
Post a Comment