Pada kita yang berdiet, menjadi satu kerisauan bila menjelang hari raya, tak kiralah sama ada AidilFitri atau AidilAdha.
Kita tidak boleh menjadikan perayaan seperti ini satu ancaman kerana ianya adalah anugerah Allah pada muslimin dan muslimat. Seharusnya kita raikan dengan suasana yang gembira,
Bagaimana kita nak menjalankan program diet? "Habislah aku, mesti makan banyak, gemuklah raya ni..". Itulah perasaan kita bila menempuh hari lebaran.
Bagi saya, bila kita supaya memahami do and dont dalam berdiet tidak akan menjadi satu masalah pun bagi meneruskan program itu.
Pengalaman saya, sarapan di awal pagi adalah satu kemestian, menu yang diambil bukanlah ketupat atau kuih raya, tetapi saya terus mulakan dengan makan nasi. Salah satu sebab ia akan membuatkan perut tidak berasa lapar, dan secara psikologinya kita tidak akan melulu makan ketika bertandang ke rumah sahabat handai dan keluarga.
Harus diingatkan, minuman manis adalah satu kemestian di majlis-majlis sambutan perayaan ini, Jika tubuh badan kita sudah lali dengan tidak menerima minuman manis ini, dengan sendirinya kita akan mencari altenatif iaitu air kosong, atau air mineral. Saya selalu bekalkan dalam perjalanan.
Jamahlah makanan bila anda berasa lapar dalam kuantiti yang sedikit. Jangan anda tahan perut kerana takut untuk makan. Pengambilan makanan anda haruslah maintain dua jam sekali.
Apa yang harus anda elakkan ialah pilihlah makanan yang kurang berlemak, manis dan masin. InsyaAllah keadaan itu tidak akan menjejaskan program berdiet anda.
Rasullulah juga pernah menasihati kita dalam adab makan ini, iaitu makan bila lapar, dan berhenti sebelum kenyang. Sebelum kenyang bukan bermakna makan sehingga anda sendawa baru nak berhenti.
Haruslah anda tahu DCR dan BMR harian anda jadi anda tidak perlu risau selagi ia tidak melebihi had yang telah disetkan mengikut berat, tinggi, umur dan tahap aktiviti harian anda.
No comments:
Post a Comment