Nuffnang

Nuffnang

nuffnang

Saturday, 4 October 2014

BMR dan DCR





Peringkat awal sebelum menjalani program berdiet ini, beberapa perkara anda perlu tahu dan ukur. Selain dari BMI, ada DCR dan BMR kedua-dua ini berkaitan dengan metabolisme badan.

Basal Metabolisme Rate (BMR) ialah tenaga yang tubuh badan anda perlukan untuk proses tubuh badan seperti mengepam darah ke seluruh tubuh badan dan bernafas. Istirehat termasuk pelepasan tenaga yang cukup untuk menjalankan fungsi asas badan termasuk fungsi organ vital, jantung, paru-paru, sistem saraf, ginjal, hati, usus, organ seks, otot dan kulit. 




CARA PENGIRAAN BMR
Lelaki = 66 + (13.7 X berat dalam kilogram) + (5 X tinggi dalam cm) – (6.8 X umur)
Perempuan = 655 + (9.6 X berat dalam kilogram) + (1.8 X tinggi dalam cm) – (4.7 X umur)
 

Contoh : 655 + (9.6x60)+(1.8x160)-(4.7x25)
            = 1401.5 ---> BMR


KIRA KEPERLUAN MENGIKUT AKTIVITI UNTUK MENGETAHUI DCR
Orang biasa = BMR X 1.2 (sedikit atau tiada senaman, kerja pejabat)
Aktiviti ringan = BMR X 1.375 (senaman ringan atau berukan 1-3 kali seminggu)
Aktiviti sederhana = BMR X 1.55 (senaman sederhana atau bersukan 3-5 kali seminggu)
Aktiviti berat = BMR X 1.725 (senaman berat atau bersukan 6-7 kali seminggu)
Sangat aktif = BMR X 1.9 (senaman sangat berat atau berlatih 2 kali sehari, contoh, menyediakan diri untuk marathon)
PENGIRAAN DCR
Contoh :  Orang biasa 
            = 1401.5x1.2
            = 1681.8 kcal ---> JUMLAH KALORI PERLU DIAMBIL SEHARI
            = Untuk diet, cuma ambil 1000kcal sehari! tetapi jangan kurang dari 1000kcal sehari




FAKTOR YANG MEMPENGARUHI BMR?
1. Genetik – Lelaki mempunyai otot yang lebih besar dan peratusan lemak yang lebih rendah. Ini bermakna mereka mempunyai tahap yang lebih tinggi.
2. Umur – BMR mengurang dengan usia sekitar 2 peratus setiap 10 tahun peningkatan.
3. Berat – Semakin berat, semakin tinggi BMR.
4. Luas Permukaan Badan – Semakin besar badan, semakin tinggi BMR.
5. Peratus Lemak – Semakin rendah peratusan lemak, semakin tinggi BMR.
6. Diet – Kelaparan atau pengurangan kalori secara tiba-tiba secara dramatik boleh mengurangkan BMR sehingga 30 peratus. Diet rendah kalori menyebabkan BMR turun sebanyak 20 peratus.
7. Suhu Badan – Untuk kenaikan 0.5C suhu dalaman badan, BMR meningkatkan sekitar 7 peratus. Reaksi kimi berlaku lebih cepat pada suhu yang lebih tinggi. Sebagai contoh, pesakit yang demam dengan suhu 42C akan mengalami peningkatan sekitar 50 peratus BMR.
8. Suhu Luaran – Pendedahan kepada suhu sejuk menyebabkan peningkatan BMR kerana badan perlu mengekalkan suhu dalaman badan.
9. Kelenjar Tiroidsin – Semakin tinggi tiroidsin dihasilkan, semakin tinggi BMR. Jika terlalu banyak tiroidsin dihasilkan, keadaan dikenali sebagai tirotoksikosis, BMR boleh jadi berganda. Jika terlalu sikit tiroidsin dihasilkan, myxoedema, BMR boleh menyusut sekitar 30 hingga 40 peratus daripada biasa. Seperti tiroidsin, adrenalin juga meningkatkan BMR tetapi untuk tahap yang lebih rendah.
10. Latihan – Latihan fizikal membantu meningkatkan BMR  dengan membina rangkaian otot.
 

No comments:

Post a Comment